Monday, February 14, 2011

SALAM MAULIDUR RASUL 1432H


Tanggal 12 Rabiulawal 1432 bersamaan 15hb Februari 2011 kembali lagi, kita semua akan menyambut kelahiran Rasulullah s.a.w, Manusia termulia di langit dan bumi dan seluruh alam. Sama-samalah kita meningkatkan kecintaan kita kepada baginda dengan memperbanyakkan selawat nabi. Seperti firman Allah yang bermaksud ` SesungguhNya ALLAH swt & Malaikat-malaikatNya berselawat ke atas nabi, wahai orang-orang beriman, berselawatlah ke atas nabi dengan sebenar-benar selawat'

Saturday, February 12, 2011

TAKZIAH - AL FATIHAH UNTUK HAJI SENIN BIN SARJO

Takziah diucapkan kepada semua ahli keluarga Haji Senin, kerana orang yang mereka sayangi telah kembali ke rahmatuallah pada 9hb Februari 2011 ( jam 8.00 pagi ) bersamaan 6hb Rabiulawal 1432. Semoga rohnya dimasukkan ke kalangan orang-orang soleh. Allahyarham Haji Senin telah meninggalkan seorang balu dan 6 orang anak serta 15 orang cucu.

Thursday, February 3, 2011

TAKLIMAT KERJAYA GBOS


Pihak ICS dengan kerjasama Takaful Ikhlas Zon Selatan akan mengadakan taklimat kerjaya sempena Majlis Anugerah Suku Tahun ke 3 di Uni. Teknologi Tun Hussein Onn (UItHO) pada 26hb Feb 2011 bermula pada pukul 9.30 pagi. Program yang julung kali diadakan di Pusat pengajian Tinggi ini diharapakan akan mendapat sambutan hangat. Sebagai menghargai graduan dari Universiti ini untuk menyertai keluarga ICS, pihak agensi akan memberi elaun khas. Ini adalah untuk menggalakkan para graduan menjadi usahawan takaful menerusi ICS. Kelebihan utama menyertai agensi kami ialah :-

1. ICS merupakan agensi no 2 terbaik Takaful Ikhlas Sdn Bhd.
2. Menghasilkan 7 orang perunding terbaik dari top 50 perunding TISB
3. 70% Perunding adalah graduan dari pelbagai bidang pengajian.
4. Perunding aktif 60%
5. Sistem latihan yang komprehensif dan konsisten.
6. Rangkaian Perunding diseluruh negara
7. Sistem pegurusan yang profesional
8. Elaun khas minima RM300 sebulan ( Tertakluk kepada syarat tertentu )
9. Insentif yang menarik antaranya ialah `Notebook' , Tunai dsb.

Mereka yang berminat sila mendaftarkan diri dengan menghubungi kami di talian 019-7584551 atau 012-3273321 atau 06-2311162 ( Cik Fiza ) untuk mendapatkan tempat dan cenderamata khas.

KAEDAH PERSEMBAHAN PERUNDING ICS


Pihak pengurusan ICS telah mengambil pendekatan yang lebih mudah untuk membuat persembahan kepada pelanggan. Kaedah ini dipilih kerana ia lebih mudah difahami oleh bakal pelanggan dan ia lebih komprehensif. Untuk mengetahui kaedah ini semua tenaga agensi ICS di minta untuk hadir ke kelas khas dan kelas mingguan yang di adakan. Antara perkara penting dalam kaedah ini ialah perunding seharusnya mengetahui matlamat kewangan bakal pelanggan dengan lebih terperinci. `Fact Finding' yang tepat akan menghasilakn keputusan yang lebih tepat dan kita dapat membantu pelanggan mencapai matlamat kewangan mereka.

Friday, January 28, 2011

Latihan Bersepadu

Ikhlas Consultant & Services ICS sentiasa berusaha untuk melahirkan para perunding Kewangan yang berkelibar, kompiten dan profesional dalam tugas, sehubungan itu Latihan yang bersepadu harus lah sentiasa diadakan. Untuk tujuan itu semua Para Perunding Kewangan Baru diwajibkan mengikuti latihan setiap minggu iaitu pada hari sabtu 9.30pagi - 12.30 petang di Bilik Seminar ICS Melaka, ICS Johor Baharu dan Hijaratul Sungai Petani.

Monday, January 24, 2011

Motivasi dan Perkongsian Pengalaman


Kami mengucapkan tahniah kepada mereka yang memenangi anugerah suku tahun ke 3 agensi pada 9hb Jan 2011 yang lalu. Sempena majlis ini , kami telah menjemput Pengarah Urusan Granulab Sdn Bhd & Pengerusi DPIM Selangor Encik Romli Ishak untuk memberi motivasi dan suntikan semangat baru kepada tenaga agensi. Seramai 60 orang telah hadir ke majlis ini.


Kami mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat. Hanya Allah swt sahaja yang membalas segala jasa baik tuan/puan.

Motivasi & Perkongsian pengalaman

Pelajar Praktikal UUM & UiTM

Seramai 11 orang pelajar dari UUM & UiTM sedang menjalani latihan Industri di ICS. 8 Orang ditempatkan di ICS Melaka dan 3 orang di ICS Johor Baharu. Para pelajar ini kami dedahkan di semua jabatan iaitu Jabatan Pentadbiran & Kewangan, Jabatan Perniagaan Baru, Perkhidmatan Polisi, Jabatan Sumber Manusia, Jabatan Jualan & Pemasaran dan Jabatan Takaful AM. Ini adalah bagi memastikan mereka ini terlatih dan boleh mempraktikan apa yang dipelajari apabila menceburi dunia pekerjaan yang sebenar. Tempoh mereka menjalani latiahan adalah selama 5 bulan.

Pihak agensi mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan UUM & UiTM memberi kepercayaan kepada kami untuk melatih bakal graduan mereka.

Kelas Pengajian Ilmu Tauhid


Shukur Alhamdulillah, Pihak pengurusan Agensi ICS telah memulakan kuliah Pengajian Ilmu Tauhid pada Hari Jumaat 21hb Jan 2011. Kelas ini akan diadakan pada setiap hari Jumaat minggu pertama dan Ketiga setiap bulan bermula pada pukul 3.30 petang - 4.45 petang. Kelas Dikendalikan oleh Yang Berbahagia Utz. Hj. Drs. Rosnan bin Alias. Pihak kami menjemput semua tenaga agensi , warga agensi dan para pelanggan dan sahabat untuk sama-sama menjayakan majlis. Kelas diadakan di Bilik Seminar Ikhlas Consultant & Services, No 4-1 Jalan KNMP2, Kompleks Niaga Melaka Perdana, 75450 Ayer Keroh, Melaka