Friday, January 28, 2011

Latihan Bersepadu

Ikhlas Consultant & Services ICS sentiasa berusaha untuk melahirkan para perunding Kewangan yang berkelibar, kompiten dan profesional dalam tugas, sehubungan itu Latihan yang bersepadu harus lah sentiasa diadakan. Untuk tujuan itu semua Para Perunding Kewangan Baru diwajibkan mengikuti latihan setiap minggu iaitu pada hari sabtu 9.30pagi - 12.30 petang di Bilik Seminar ICS Melaka, ICS Johor Baharu dan Hijaratul Sungai Petani.

Monday, January 24, 2011

Motivasi dan Perkongsian Pengalaman


Kami mengucapkan tahniah kepada mereka yang memenangi anugerah suku tahun ke 3 agensi pada 9hb Jan 2011 yang lalu. Sempena majlis ini , kami telah menjemput Pengarah Urusan Granulab Sdn Bhd & Pengerusi DPIM Selangor Encik Romli Ishak untuk memberi motivasi dan suntikan semangat baru kepada tenaga agensi. Seramai 60 orang telah hadir ke majlis ini.


Kami mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat. Hanya Allah swt sahaja yang membalas segala jasa baik tuan/puan.

Motivasi & Perkongsian pengalaman

Pelajar Praktikal UUM & UiTM

Seramai 11 orang pelajar dari UUM & UiTM sedang menjalani latihan Industri di ICS. 8 Orang ditempatkan di ICS Melaka dan 3 orang di ICS Johor Baharu. Para pelajar ini kami dedahkan di semua jabatan iaitu Jabatan Pentadbiran & Kewangan, Jabatan Perniagaan Baru, Perkhidmatan Polisi, Jabatan Sumber Manusia, Jabatan Jualan & Pemasaran dan Jabatan Takaful AM. Ini adalah bagi memastikan mereka ini terlatih dan boleh mempraktikan apa yang dipelajari apabila menceburi dunia pekerjaan yang sebenar. Tempoh mereka menjalani latiahan adalah selama 5 bulan.

Pihak agensi mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan UUM & UiTM memberi kepercayaan kepada kami untuk melatih bakal graduan mereka.

Kelas Pengajian Ilmu Tauhid


Shukur Alhamdulillah, Pihak pengurusan Agensi ICS telah memulakan kuliah Pengajian Ilmu Tauhid pada Hari Jumaat 21hb Jan 2011. Kelas ini akan diadakan pada setiap hari Jumaat minggu pertama dan Ketiga setiap bulan bermula pada pukul 3.30 petang - 4.45 petang. Kelas Dikendalikan oleh Yang Berbahagia Utz. Hj. Drs. Rosnan bin Alias. Pihak kami menjemput semua tenaga agensi , warga agensi dan para pelanggan dan sahabat untuk sama-sama menjayakan majlis. Kelas diadakan di Bilik Seminar Ikhlas Consultant & Services, No 4-1 Jalan KNMP2, Kompleks Niaga Melaka Perdana, 75450 Ayer Keroh, Melaka